Page 45 - PN131 Demo
P. 45

 Hasil daripada penularan blog Azie Kitchen, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah buku masakan yang bertajuk 101 Resipi dari Azie Kitchen, Panduan Langkah Demi Langkah pada tahun 2019 dan telah diulang cetak pada tahun berikutnya atas permintaan ramai. “Saya memang meminati bidang masakan dan fotografi sejak kecil. Oleh itu, blog merupakan wadah yang sesuai untuk saya menzahirkan minat. Saya terdorong untuk terus menulis selepas mendapat sokongan yang tidak putus- putus daripada pengikut-pengikut setia. Mereka merupakan sumber inspirasi untuk saya terus berkarya dalam bidang masakan,” ulas Azie apabila ditanya mengenai sumber inspirasinya untuk terus bersemangat dalam menghasilkan lebih banyak buku resipi dan mengembangkan blog Azie Kitchen. Covid-19 dan Kunjungan Luar Biasa Azie Kitchen merupakan Blog Masakan No.1 di Malaysia berdasarkan paparan halaman melebihi 255 juta dan menerima lebih 100 ribu pengunjung setiap hari. Malah berganda sehingga tiga kali terutamanya ketika musim perayaan. Pandemik koronavirus (COVID-19) telah menggemparkan dunia dengan jutaan bilangan kes jangkitan dan kematian yang mengerikan. Lebih menyedihkan ramai rakyat Malaysia amnya terkesan dari segi ekonomi dan emosi rentetan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) yang dilancarkan oleh kerajaan. Azie juga turut merasai tempias pandemik COVID-19 dan kesan pelancaran PKP. Blog Azie Kitchen yang memaparkan hasil air tangan beliau telah mendapat kunjungan luar biasa semasa PKP. Ramai warganet telah mengunjungi Azie Kitchen dan menjadikan blognya sebagai rujukan untuk mendapatkan resipi masakan. Permintaan terhadap buku masakan pertamanya, 101 Resipi dari Azie Kitchen juga meningkat kerana ramai peminat yang ingin mencuba memasak sendiri masakan dari Azie Kitchen di rumah sepanjang tempoh PKP berlangsung. Selain mengemas kini blog dan memuat naik video dan resipi terbaharu, Azie turut melayan peminat-peminatnya dengan membalas mesej di media sosial. Beliau turut menghadiahkan tandatangan istimewa dalam buku-buku resipinya sebelum dihantar kepada peminat sebagai tanda penghargaan pada setiap belian buku resipinya sepanjang tempoh PKP tersebut. Bukan itu sahaja, bilangan pengikut dan jumlah tontonan saluran YouTube Azie Kitchen juga meningkat dengan mendadak. Pergi Lebih Jauh Azie merancang untuk memperbaiki mutu persembahan gambar dan video dalam entri di blog dan saluran YouTube beliau. Beliau juga merancang untuk mengeluarkan lebih banyak buku masakan atas permintaan pengikut- pengikutnya di samping mengeluarkan produk masakan sendiri dengan jenama Azie Kitchen. Dalam menghadapi pasca pandemik yang telah memberi impak besar kepada ekonomi negara, Azie berharap orang ramai terutamanya wanita dan suri rumah mengambil inisiatif dalam norma baharu ini dengan menjana pendapatan melalui masakan. Beliau berpendapat, selain kegembiraan dan terapi, masakan juga boleh menjana pendapatan sampingan bermula dari dapur sendiri dan mempromosikannya melalui saluran media sosial tanpa memerlukan modal yang besar dan kedai untuk beroperasi. Sentiasa Positif Azie percaya bahawa blog masakan akan terus relevan untuk mengekalkan legasi dan kecintaannya dalam bidang masakan. Selain blog masakan, buku masakan juga merupakan warisan yang tidak ternilai yang menjadi medium untuk beliau memperturunkan ilmunya dari generasi ke generasi. Oleh itu, beliau nekad untuk berkongsi lebih banyak resipi lauk-pauk dan kuih-muih tradisional bagi memastikan ia terus dikenali dan tidak lapuk ditelan zaman. Azie juga berharap agar pengikut- pengikutnya yang terkesan dengan pandemik COVID-19, supaya kekal tabah dan kuat kerana bersama kesusahan, pasti ada kesenangan. Jangan mudah berputus asa dan terus percaya bahawa rezeki ada di mana-mana. Menurutnya lagi, ujian yang datang akan menjadikan seseorang lebih kuat dan lebih kreatif. Oleh itu, beliau berpesan supaya menggunakan kreativiti untuk menjana pendapatan sampingan dalam bidang masakan. Beliau menggalakkan pembaca menggunakan resipi yang dikongsi dalam blog Azie Kitchen dan buku masakannya untuk menceburi perniagaan makanan di saat-saat yang sukar ini. Beliau juga sangat menghargai sokongan peminat yang diberikan kepadanya selama ini.   131 popularnews - 45 


































































































   43   44   45   46   47