Page 29 - PN135
P. 29

   Setelah lebih 16 tahun berkerja di Saya telah dianugerahkan sebagai Pengalaman yang paling tidak dapat POPULAR, ia merupakan detik yang amat bermakna bagi saya. Sekitar 16 tahun yang lepas, saya dapat maklumat bahawa ada syarikat kedai buku dari semenanjung Malaysia ingin membuka cawagan pertama mereka di Sabah. Tanpa berfikir dua kali saya telah memohon dan ditawarkan mula bekerja seminggu selepas temuga saya. Tarikh saya bermula kerja pada 19 July 2004. Saya ditawarkan jawatan penyelia untuk bahagian alat tulis. Pada tahun 24 Mei 2007, POPULAR telah membuka cawangan yang kedua bertempat di City Mall di mana saya telah dipindah ke kedai baru untuk mengendalikan Jabatan alat tulis. Selepas itu, POPULAR telah membuka cawangan yang ketiga bertempat di 1Borneo Hypermall, diikuti degan cawangan Imago dan Suria Sabah. pemenang penyelia terbaik untuk kategori Jabatan Alat Tulis pada tahun 2009, yang diadakan di Prince Hotel & Residence KL. Pada masa itu, saya sangat teruja buat pertama kalinya untuk berjumpa dengan ramai pekerja dari seluruh Malaysia dan juga dapat berjumpa dengan Executive Director kita iaitu Ms Lim Lee Ngoh. Saya tidak sabar untuk menceritakan suasana kegemilangan dengan keluarga dan rakan-rakan saya selepas balik dari KL. Saya berat hati unuk meninggalkan memori manis bersama dengan keluarga besar POPULAR dan tetap terpahat dalam sanubari saya. Selepas 5 tahun bersama POPULAR iaitu pada tahun 2009, Saya dan rakan- rakan dianugerahkan sijil penghargaan dan seutas jam tangan. Sempena menyambut ulang tahun POPULAR ke 90th yang bertemakan warna Merah telah diadakan di Kuching, secara langsungnya kesemua pekerja dibekalkan tiket percuma untuk menjayakan program ini. Tahun ini jugalah saya bekerja selama 10 tahun di POPULAR. Kami (cawangan Sabah) telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tarian dengan persembahan kebudayaan tradisi etnik di Sabah. saya lupakan adalah kenangan pada tahun 2013 dimana buat Pertama kalinya saya mengikuti “BookFest@Malaysia” yang diadakankan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Segenap lapisan masyarakat berbagai bangsa dan kaum berkunjung ke BookFest@Malaysia dan saya berasa bangga dengan diri saya sebagai salah seorang ahli dalam keluarga POPULAR. Pada tahun 2017, saya dibeli peluang untuk menjadi AOH di cawangan KCM dan menjadi OH pada tahun 2018 di cawangan yang sama. Sambutan 95th Annivesary POPULAR yang bertemakan POPULAR ASSURES yang telah diadakan di Hotel Horizon KK. Rasa terharu selepas menerima anugerah perkhidmatan selama 15 tahun dan tidak menyangka begitu sekali yang saya sudah 15 tahun bersama POPULAR. Di sini saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang telah benyak membimbing dan menolong saya. Tanpa kamu saya tidak akan mencapai apa yang ada sehingga kini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap ribuan terima kasih kepada POPULAR dan semoga POPULAR terus meningkatkan pretasi pada masa akan datang. 135 popularnews - 29 


































































































   27   28   29   30   31