Page 45 - PN133
P. 45

黄代琛表示他从未想过以 《CovidballZ》增加曝光率或提振声名, 他的初心很简单,只是希望自己的漫画 能在艰难疫情期间,牵起马来西亚人的 嘴角,博君一笑。他笔下的漫画角色紧 扣时事,扎根生活,深受网民的欢迎与 热议。 寄望本土作品走向国际 身为一位心系马来西亚的漫画家,黄代 琛希望读者继续支持自己的作品的同 时,也能关注本地其他漫画家:“我 诚盼马来西亚画家能有更多的机会与平 台,在国际漫画界展现才华,说不定有 一天,马来西亚画家能与美国和日本等 地的画家平起平坐。” (翻译:郭诗玲) Mula mencipta nama sebagai kartunis menerusi komik berjudul Bro Don’t Like That La Bro, Ernest Ng, suatu nama yang tidak asing lagi dalam kalangan peminat komik. Pemuda kelahiran negeri Melaka ini mula melukis ketika berusia 5 tahun dan seterusnya melukis secara profesional pada penghujung tahun 2010. Komik tentang Persahabatan Bagi pengikut laman sosial Facebook @dontlikethatbro, sudah pasti pernah membaca komik berjudul Bro Don’t Like That La Bro yang terdapat juga dalam bentuk naskhah buku. Menurut Ernest Ng, komik ini lebih kepada kisah sebenar tentang persahabatannya bersama rakan- rakan. Beliau ingin menunjukkan betapa eratnya suatu hubungan persahabatan dalam bentuk karikatur komik yang santai. “Saya menggunakan bahasa yang santai dan dekat dengan diri pembaca. Bahan bacaan komik ini sesuai dijadikan hiburan untuk sesiapa sahaja,” jelas Ernest Ng yang juga pemegang Ijazah Komunikasi Media. Idea asal Covidball-Z “Saya mendapat idea melukis tentang Covidball-Z ini semasa pandemik COVID-19 melanda negara. Pada masa ini, saya lihat semua orang termasuk barisan hadapan negara agak tertekan menghadapi wabak ini. Saya cuba menggambarkan situasi tersebut dalam bentuk anime. Pada mulanya saya sekadar melukis 1 episod tetapi akhirnya menjadi 1 siri.” Menurut Ernest Ng, beliau tidak menyangka komik tersebut menjadi tular dan membuatnya semakin dikenali. Objektif utama saya ingin membuat semua orang tersenyum semasa menghadapi saat-saat sukar ini. Setiap watak yang dilukis juga berkaitan dengan isu-isu semasa yang popular dan menjadi buah mulut netizen. Hala Tuju Bidang Animasi Komik “Saya berharap lebih banyak peluang diberikan kepada pelukis-pelukis di tanah air untuk menunjukkan bakat mereka di peringkat antarabangsa. Semoga suatu hari nanti, pelukis dari Malaysia menjadi setaraf dengan pelukis dari Amerika Syarikat dan Jepun,”jelasErnestNg.Beliaujugaberharap pembaca terus menyokong hasil karya beliau dan pelukis-pelukis komik tempatan yang lain.   黄代琛 笔名:Ernest Ng 出生日期:1986年11月9日 出生地:马六甲 教育程度:大众传播学士 脸书 / IG:@dontlikethatbro 漫画作品:《老兄,别那样啦》、《开学乐》、 《Covidball Z》 Trivia Ernest Ng Nama penuh: Ernest Ng Thye Sern Nama pena: Ernest Ng Tarikh lahir: 9 Nov 1986 Tempat lahir: Melaka Pendidikan: Ijazah Komunikasi Media FB / IG: @dontlikethatbro Senarai komik yang dihasilkan: Bro Don’t Like That La Bro, Back To School, Covidball Z 133 popularnews - 45       


































































































   43   44   45   46   47