Page 45 - Demo
P. 45

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          “Sebagai artis komik, saya ingin mencipta lebih banyak karya yang akan menggembirakan dan memberi dorongan kepada semua orang pada saat-saat mereka sedang berusaha keras melawan virus COVID-19.”                                                                    Bakal menyambut ulang tahun ke-20 pada tahun hadapan, Lawak Kampus semakin diminati dan terus trending dalam kalangan peminat komik. Lawak Kampus dengan koleksi 42 jilid dan 5 naskhah Lawak Kampus Kompilasi Mantap ini selain diterbitkan dalam bahasa Melayu turut diolah dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Bagi Keith Chong atau nama sebenarnya Chong Kah Hwee, Lawak Kampus ini merupakan sebahagian daripada hidupnya. Hiburan Saat Pandemik Saat negara dilanda pandemik COVID-19, sudah pasti ramai yang terkesan. Tidak terkecuali dalam penerbitan komik. Bagi Keith, semua ini tidak sesekali menjadi halangan buatnya dalam terus menghasilkan lebih banyak karya yang menghiburkan dan mampu memberi dorongan kepada semua pembaca. Beliau ingin mengubati jiwa orang yang terkesan di luar sana dengan bahan bacaan yang ringan dan mampu menceriakan hidup mereka. “Saya tidak akan berputus asa dan akan terus berkarya dalam menghasilkan komik yang lawak, lagi lawak dan paling lawak. Ini cara saya dalam membantu mengurangkan derita dan kesedihan yang dialami oleh semua yang terkesan dengan pandemik ini,” ujar Keith. Karya yang dihasilkan oleh Keith bukan sekadar jenaka semata-mata tetapi juga diselitkan beberapa unsur pengajaran dan nasihat yang mudah difahami. Hal ini dapat dilihat menerusi komik Lawak Kampus Jilid 37 dan 39 yang menceritakan secara ringkas tentang pematuhan SOP dan langkah pencegahan COVID-19. Cabaran dan Halangan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Keith dan rakan sepasukan juga tidak terkecuali terpaksa bekerja dari rumah. Halangan utama beliau apabila tidak dapat bekerja secara bersama dengan dua orang pembantunya. Oleh itu, pengagihan kerja menjadi semakin mencabar. Keith dan pembantunya terpaksa melukis secara manual dan lukisan tersebut perlu dihantar dan dikumpulkan sebelum dicetak. “Apabila selesai sahaja melukis, saya akan memandu kereta dan menghantarkannya kepada kedua-dua pembantu saya. Memang agak sukar namun kami terpaksa tempuh dengan tenang agar dapat mematuhi tarikh akhir setiap proses penerbitan,” ujar Keith yang pernah memenangi anugerah Best Homour Comic, Asia Pasific Animation & Comic pada tahun 2018. Istimewa LKKM 5 Lawak Kampus Kompilasi Mantap 5 (LKKM 5) ini menghimpunkan Lawak Kampus Jilid 21 hingga 25 dan istimewanya LKKM 5 ini kerana mengandungi 8 muka surat istimewa tentang pandemik COVID-19. Selain itu, kulit komik LKKM 5 juga menggunakan kesan khas yang cantik. Para peminat koleksi Lawak Kampus pasti akan menyukainya. Keith berharap LKKM 5 mampu membuatkan pembaca lupa seketika tekanan hidup dan memberikan pembaca ketenangan serta hiburan. Selain unsur lawak jenaka, LKKM 5 penuh dengan pengajaran untuk dijadikan iktibar buat semua pembaca. Walaupun terpaksa menempuhi beberapa halangan dalam proses penghasilannya namun LKKM 5 akhirnya berjaya diterbitkan dan bakal menemui pembaca setia Lawak Kampus. Harapan dan Impian Keith yang juga graduan Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing berharap LKKM 5 akan mendapat sambutan daripada peminat Lawak Kampus. Komik ini bukan sekadar hiburan tetapi hadiah istimewa buat peminatnya. “Saya berharap semua pembaca Lawak Kampus akan dapat menghilangkan kegusaran, kebimbangan dan tekanan hidup yang dialami dengan membaca komik ini. Saya bukan barisan hadapan tetapi saya berharap dapat membantu peminat saya dalam menghiburkan mereka menerusi lawak yang disampaikan. Jaga diri semua. Semoga semua kekal sihat dan sentiasa patuhi SOP serta langkah pencegahan yang ditetapkan,” ujar Keith mengakhiri sesi temu bual.  141 popularnews - 45 


































































































   43   44   45   46   47