Page 45 - PN139
P. 45

  Chilled Desserts 《冷冻甜品》 Manisan Sejuk Stuffed Dishes 《馅食专送》 Makanan Berinti Fluffy Doughnuts 《蓬松甜甜圈》 Donat Gebu Street Foods 《街头小吃》 Makanan Gerai Easy Pasta 《简易意面》 Pasta Senang Best Pizza 《最佳披萨》 Piza Best  Sekolah memasak Cef Marina mendapat sambutan hangat daripada pihak media kerana memperkenalkan kelas memasak untuk kanak-kanak. Cef Marina juga bekerjasama dengan The Culinary Studio untuk mengendalikan kelas memasak secara berterusan. Di samping itu, Cef Marina juga merupakan food stylist atau jurugaya makanan untuk Air Asia, Kentucky Fried Chicken dan Marjerin Daisy. Pada tahun 2019, Cef Marina telah menulis sebuah buku memasak dan mencipta resipi untuk NuMee Gardenia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia khas untuk sekolah- sekolah kebangsaan. Resipi beliau diikuti dan dimasak oleh pengusaha kantin untuk dihidangkan kepada murid-murid sekolah di seluruh Malaysia. Ilham dan Inspirasi Resipi-resipi yang dihasilkan oleh Cef Marina berdasarkan pengalaman beliau bekerja mengikut cita rasa syarikat-syarikat tajaannya yang telah menjalankan pelbagai kajian tentang makanan kegemaran masyarakat. Beliau juga gemar mengikuti perkembangan trend masakan terkini dan resipi-resipi yang tular serta disukai ramai. Namun begitu, Cef Marina tetap mengekalkan keaslian masakannya yang berasaskan resipi keluarga yang diturunkan oleh datuk dan neneknya. Selain itu, beliau berpendapat bahawa ibunya merupakan pengkritik yang terbaik dalam memperbetul dan mempertingkatkan mutu masakannya. Cef Marina sangat berminat dan mahir dalam menghasilkan makanan yang berkait rapat dengan budaya Malaysia dan keluarga. Beliau juga mengutamakan masakan tradisional yang dimasak dengan cara moden dengan harapan yang masakan tradisional tidak akan dilupai oleh generasi akan datang. Resipi Serba Guna Buku-buku resipi yang ditulis oleh Cef Marina bersama Seashore POPULAR Malaysia memperkenalkan cara-cara dan langkah-langkah yang mudah untuk menghasilkan pelbagai jenis masakan. Antaranya ialah resipi manisan dan pencuci mulut, kudapan untuk kanak-kanak, makanan berinti, hidangan berasaskan ikan bilis, makanan gerai yang ringkas dan pelbagai jenis bubur serta sup. Beliau juga membantu para pembaca menghasilkan makanan sihat dan menjimatkan masa dengan menulis resipi berasaskan penggunaan peralatan moden dan terkini seperti air fryer dan pressure cooker. Menurut Cef Marina, penggunaan alatan tradisional seperti lesung batu tetap mempunyai aura kesedapan yang tersendiri namun ia perlu disesuaikan mengikut gaya hidup masyarakat kini. Kesibukan dengan beban kerja memerlukan teknologi dalam memudahkan kerja memasak tanpa mengubah rasa sebenar. Selain resipi berasaskan makanan tempatan beliau juga menulis buku- buku resipi berasaskan makanan barat seperti pasta dan piza. Cef Marina sangat mengutamakan masakan warisan dan tidak juga melupakan cita rasa masa kini yang sudah berubah. Beliau masih mengajar cara-cara memasak wajik tetapi turut mengajar memasak spageti Aglio Olio. Untuk menekankan masakan warisan dan pada masa yang sama bergerak seiring trend terkini, beliau juga mempraktikkan cara memasak dengan menggunakan peralatan moden untuk mendapatkan hasil masakan yang mudah, cepat dan sedap. Perancangan Harapan Masa Hadapan dan Cef Marina mempunyai perancangan awal untuk mengadakan perniagaan usaha sama. Buat masa sekarang beliau tidak begitu mengutamakan perancangan untuk menyertai rancangan di televisyen kerana beliau berpendapat bahawa kebanyakan bidang pada masa kini dan akan datang adalah lebih terarah kepada penggunaan media sosial. Beliau juga menegaskan bahawa menulis buku masakan telah sebati dengan jiwa dan berharap dapat terus berkongsi resipi dan tip-tip memasak kepada setiap pembaca hasil karyanya tidak kira dari dalam atau luar negara. Cef Marina turut mendoakan agar semua peminat dan pengikutnya sentiasa selamat dan diberi semangat untuk melalui pandemik ini. Beliau juga berharap pada masa mencabar ini, kita diberi peluang untuk mencari minat baharu dan mengambil peluang untuk merapatkan diri dengan memasak dan makan bersama keluarga.   139 popularnews - 45 


































































































   43   44   45   46   47