Page 34 - PN131 Demo
P. 34

   Seusai belajar, Kemana hala tuju hendak di bawa kaki yang melangkah, Adakah wajar di bawa ke kampung halaman? Atau melilau di kota metropolitan? Ahhh! Kau punya kelulusan bukan? Kau mahu membantu keluargamu bukan? Carilah..... Carilah peluang untuk kau gunakan ilmu yang kau perolehi di Menara Gading. Saban hari aku mencari. Mencari di segenap ruang yang aku ketahui, Masih belum nampak sinar yang aku dambakan, Ada sedikit kekecewaan bertandang di hati kecil nan rapuh ini, Sampai bila aku harus begini.......... Sedang berteleku di ruang kamar yang ku rasakan semakin sempit, Menghimpit dan mencengkam sehingga sesak nafasku, Aku menerima perkhabaran yang membuatku girang seperti anak kecil mendapat gula-gula. Ya....ini peluangku! Aku perlu buktikan aku boleh melakukan ini walau ini bukan bidangku, Aku perlu buktikan aku punya semangat untuk sama- sama berganding bahu dengan kalian yang turut berjuang dalam bidang ini. Dan....ini adalah rezekiku. Syukur yang tidak terhingga kepada sang pencipta. Aku mulakan kehidupan baru di sini, Saban hari aku belajar benda baru, Bukan mudah, tetapi aku tidak mahu pasrah! Sekarang, aku masih kekal di sini, Meneruskan perjuanganku, Walau saban bulan, Walau saban tahun, Ada yang sering keluar masuk, Ada yang tersungkur di pertengahan jalan, Ada yang kembali membawa haluan sendiri, Tetapi........ Aku kekal berada di sini. Aku kekal setia di sini. Kerana apa? Kerana di sinilah aku mula menapak dalam alam pekerjaan, Di sinilah aku belajar melontarkan pendapat, Di sinilah aku belajar memberi buah fikiran, Di sinilah aku belajar mengkritik dan di kritik, Di sinilah aku belajar memperbaiki diri, Di sinilah aku belajar membela diri, Di sinilah aku belajar hidup ini tidak semuanya indah. Dan... Aku akan terus di sini, Selagi aku mampu. Kerana aku tidak mahu kalah! Terima kasih atas ruang ini. Terima kasih atas peluang ini. Terima Kasih POPULAR!  34 - popularnews 131 


































































































   32   33   34   35   36